Kata Aluan Pengerusi Yayasan Rahmah

Mengasihi dan Menyantuni

الَّسَلاُم َعَلْيكُْم َوَرْحَمُة اللهِ َوَبَرَكاُتُه

اْلَحْمُد لله اَلّذِْي أََعَّزَنا باِْلِإيَماِن ِبهِ، َوَهَدانَا ِإَلى َعظِيمِ َشِرْيَعتِهِ، َوأَْسَعَدَنا ِباّتَِباِع أَْفَضِل

رسلِهِ، اَلّذِي نور قلُوب اْلمؤمِنِين ِباْلمعرفةِ فاْطمأَنت قلُوبهم ِبالتوحِيدِ. َالَلّهم صلّ وسلِّم عَلى

َسِّيدَِنا ُمَحَّمٍد َوَعَلى آلِهِ َوأَْصَحاِبهِ اَلّذِْيَن آَمُنْوا َوَعمِلُوا الَّصالَِحاتِ ِإَلى َيْومِ اْلَمْوُعْودِ. . أََّما َبْعُد

Segala puji bagi ALLAH yang telah memuliakan kita dengan iman, dan memberi petunjuk pada kita menuju keagungan syariatNYA, memberikan kebahagiaan kepada kita dengan mengikuti RasulNYA yang Termulia. Adalah DIA yang telah menerangi hati orang- orang yang beriman dengan ma’rifah, lalu hati mereka menjadi tenang dengan tauhid. Ya ALLAH, semoga berkah dan keselamatan tercurah pada Syadina Muhammad dan para sahabatnya yang beriman dan mengerjakan amal saleh, hingga hari yang dijanjikan kelak.

Setelah melalui pengalaman yang panjang dalam melaksanakan misi kemanusiaan, bermula dari sebuah madrasah, kemudian persatuan kini dengan Izin ALLAH dapatlah tertubuhnya sebuah yayasan yang berinspirasi melaksanakan program kebajikan dan kemanusiaan dengan lebih teratur dan strategik.

Bermula dari tahun 2010, gerak kerja kebajikan ini di laksanakan serta dibuat penambah baikkan dari setiap tahun sehingga di tubuhkan Persatuan Kebajikan Warga Pondok Tumpat (PPT) pada tahun 2017. Cabaran semasa dilapangan, dalam melaksanakan misi kemanusiaan dan bantuan bencana seperti banjir, kebakaran dan membantu pencarian mangsa lemas, telah menuntut para sukarelawan berfikir untuk membina satu platform yang kuat untuk menampung kos projek kebajikan dan program kemanusian berkesinambungan ke masa hadapan.

Semoga tertubuhnya Yayasan Rahmah Al Mustafa ini akan memberi manfaat yang lebih luas buat masyarakat majmuk di negara tercinta ini.

Learn More

Peristiwa Penting YRAM

Pertubuhan Yayasan Rahmah Al Mustafa

Donate Now & Save a Life

Yayasan Rahmah akan menyalurkan semua Sumbangan kepada yang memerlukan dengan Telus.

Testimonials

What Our Donors Are Saying

Donate Today to Save Children From the Trauma of Abuse